Monday, December 21, 2009

Family Tree Ceria and Extended

Salam Semua Ahli Keluarga,

Alhamdulillah....semakin banyak penyertaan yang telah kita terima untuk projek Family Tree - ada yang dah pun update basic informations untuk ahli keluarga masing2, setinggi-tinggi ucapan terima kasih diberikan.

Ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan bersama di sini untuk men"cantik"kan lagi Family Tree kita nanti:

  1. Sebaiknya, kita pilih gambar2 yang paling ceria yang ada dalam dalam web photo kita tu untuk diletakkan dalam FT (Family Tree...bukan Faizal Tahir ya) ni. Bukannya apa, bila kita letak gambar2 yang ceria secara tak langsung kita juga akan tersangatlah cerianya apabila sesekali kita buka and lihat balik FT ni nanti...
  2. Selain dari basic informations macam gambar, nama dan tarikh lahir setiap ahli keluarga, adalah baik juga kalau kita boleh update lebih details lagi hal2 lain macam tarikh perkahwinan ke etc...sebab automatically semua data ini akan di masukkan dalam family events yang kita boleh tengok siapa next punya birthday, yang ke berapa bla bla bla... Kalau tabung kita makin kukuh...dulu AJK ada juga berhasrat untuk perkenalkan hadiah harijadi tahunan contohnya tahun 2010 semua birthday girl/boy akan menerima hadiah mug Keluarga Bani Hashim yang kita tempah and decorate khas untuk tahun tersebut. So by year end, semua ahli keluarga dah ada koleksi hadiah tahun tersebut. And come the next year, kita ubah pulak hadiahnya...Tak kira dimana anda berada, hadiah itu akan tiba di destinasi pada hari jadi masing2 - tak kiralah di Japan or Australia ke ... ehem2, syok kan? Kalau ada rezeki lebih, hadiah ulangtahun perkahwinan pun kita boleh perkenalkan. Then bila ada pertemuan keluarga, kita boleh adakan majlis doa selamat potong kek or pulut kuning untuk sekumpulan birthday babies ni tadi (babies ni maksud include mak/pak, atuk/nenek, pakcik/makcik le...)
  3. Extended Family Tree ni akan dibuat juga untuk cover keturunan sebelah Allahyarham Hashim b Alias iaitu seluruh Keluarga Bani Alias, Bani Ja'mat, Bani Alang dan Bani Sidin. Juga coverage akan diluaskan kepada keluarga sebelah Allahyarhamah Hawa bt Musa.
Akhir sekali, besarlah juga harapan kita semua kepada mereka yang menyimpan photo2 lama yang berkaitan dapatlah sekiranya scan dan e-mail ke mail box keluarga.bani.hashim@gmail.com atau kepada rohani.mohamad@simedarby.com supaya bolehlah gambar2 itu diuploadkan ke web photo dan FT kita seterusnya.

P/S Pak Chik Azam, minta e-mail kan gambar2 masa pertemuan Hari Keluarga pertama di rumah Mak Uda Noh @ Kesang dulu tu ya....so ada lah sequencenya nanti, insyallah...

Salam Ceria Untuk Semua! Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh...

1 comment:

  1. BAGAN LALANG SEPANG... Menarik , ekonomi dan selesa untuk family gathering juga..... Cadangan dibuka...

    ReplyDelete