Sunday, December 6, 2009

Kita Semua Berjaya! Hari Perhimpunan Keluarga Bani Hashim Ke-3/09/04

Salam Semua,

Diharapkan semua keluarga telahpun selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Sempurnanya perhimpunan kali ini adalah kejayaan yang besar bagi setiap ahli keluarga Bani Hashim, tahniah dan Kita Boleh!

Banyak kenangan manis di sepanjang 2 hari kita berkhemah di kediaman Uncle Ajam di Bayuemas, Klang.

Semua gambar-gambar kenangan sepanjang progam 2 hari tersebut telah pun di"upload" kan ke Picasa Web Album di alamatnya  http://picasaweb.google.com/home Gambar-gambar keluarga berkumpulan akan di"upload" kemudian.




Dua perkara penting yang ingin dikongsi di sini hasil dari pertemuan kali ini:

A. Rujukan Nombor Siri Sambutan Perhimpunan Keluarga Bani Hashim

Harap maklum kepada semua ahli keluarga, nombor siri rujukan pada banner sambutan adalah membawa maksud berikut:

Bilangan Sambutan Terkini/Tahun Sambutan Terkini /Tahun Pertama Sambutan
=    Ke - 3 / 2009 / 2004
=    Ke - 3 / 09 / 04

Panggilan Hormat Mengikut Aturan Kelahiran Generasi Pertama (Gen 1) Bani Hashim
  1. Mohamad - Pak Long
  2. Idris - Pak Ngah
  3. Noresah (a.k.a Mak Noh) - Mak Uda
  4. Sulaiman - Pak Uteh
  5. Allahyarham Abu Yazit
  6. Laisah (a.k.a Pisah) - Mak Tam
  7. Normadiah - Mak Andak
  8. Nasir - Pak Lang
  9. Hashimah (a.k.a Liza) - Mak Anjang
  10. Ahmad Azam (a.k.a Ajam) - Pak Chik
  11. Allahyarham Zulkifli
  12. Norhayati - Mak Yang
  13. Habib - Pak Su
B. Tabung Derma Ikhlas untuk Danial - Our Very Own "Fighting Lawyer" To-Be

Tabung tersebut telah dilancarkan pada malam 5/12/2009 untuk kutipan derma ikhlas bagi Danial yang akan berhijrah ke Australia untuk menyambung pelajarannya di bidang undang-undang. Kutipan setakat ini adalah berjumlah RM237.00 dan kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan, sila berhubung terus dengan Pak Long (012-279 4310/06-529 6909)

Salam Mesra