Sunday, January 3, 2010

Back from the Long Leaves .... Yeah!

Salam Tahun Baru 2010 & Hijrah 1431 kepada semua ahli keluarga Bani Hashim @ Kesang Tua,

 
Semoga setiap daripada kita akan terus mendapat keberkatan-Nya di sepanjang tahun baru 2010/Hijrah 1431, insyallah.

 
Selamat berkekalan juga untuk semua aktiviti, blog dan family tree untuk keluarga ini.

 
Sebagai salah satu kemudahan yang diperolehi dari projek Family Tree kita, dilampirkan di bawah adalah events untuk bulan Januari 2010 ntuk ahli keluarga kita. Sebagai penambahbaikan, diharap semua ahli yang mempunyai fasiliti akses internet untuk mengemaskini data setiap ahli keluarga masing-masing agar kita mempunyai bank data yang lengkap.

 


 
Kepada mereka yang tidak mempunyai akses tersebut, sila berhubung dengan Rohani Mohamad di rohani.mohamad@simedarby.com atau +6019-251 4796
untuk maklumat selanjutnya. Kita juga memerlukan gambar-gambar digital terkini bagi melengkapkan Family Tree Bani Hashim.

 
Berikut adalah beberapa perkara yang ingin dikemaskini untuk makluman semua:


1. Nama blog ini Keluarga Bani Hashim terpaksa diubahsuai kepada Bani Hashim @ Kesang Tua memandangkan sudah ada pengguna lain yang menggunakan nama yang sama.

2. 100% (sejumlah 9 undian) ahli keluarga telah bersetuju dengan cadangan yuran bulanan sebanyak RM5/bulan/keluarga. Oleh kerana majoriti dari ahli mempunyai akses khidmat sms, maka keputusan terakhir untuk undian ini akan diperolehi dari undian sms. Pembayaran akan dimulakan Januari 2010. Sila buat pembayaran kepada Akauntan kita:
Nama: Cik Intan Rahayu Idris  
Nombor akaun : 158015109558    
Bank : Maybank

3. 50% bersetuju untuk next Family Day bulan March 2010 dan 50% lagi bulan Disember 2010. Kita akan lihat situasi seterusnya bagaimana ini akan dilaksanakan. Ada ahli yang mencadangkan lokasi di Bagan Lalang, Selangor- akan juga diperimbangkan.

Monday, December 21, 2009

Family Tree Ceria and Extended

Salam Semua Ahli Keluarga,

Alhamdulillah....semakin banyak penyertaan yang telah kita terima untuk projek Family Tree - ada yang dah pun update basic informations untuk ahli keluarga masing2, setinggi-tinggi ucapan terima kasih diberikan.

Ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan bersama di sini untuk men"cantik"kan lagi Family Tree kita nanti:

  1. Sebaiknya, kita pilih gambar2 yang paling ceria yang ada dalam dalam web photo kita tu untuk diletakkan dalam FT (Family Tree...bukan Faizal Tahir ya) ni. Bukannya apa, bila kita letak gambar2 yang ceria secara tak langsung kita juga akan tersangatlah cerianya apabila sesekali kita buka and lihat balik FT ni nanti...
  2. Selain dari basic informations macam gambar, nama dan tarikh lahir setiap ahli keluarga, adalah baik juga kalau kita boleh update lebih details lagi hal2 lain macam tarikh perkahwinan ke etc...sebab automatically semua data ini akan di masukkan dalam family events yang kita boleh tengok siapa next punya birthday, yang ke berapa bla bla bla... Kalau tabung kita makin kukuh...dulu AJK ada juga berhasrat untuk perkenalkan hadiah harijadi tahunan contohnya tahun 2010 semua birthday girl/boy akan menerima hadiah mug Keluarga Bani Hashim yang kita tempah and decorate khas untuk tahun tersebut. So by year end, semua ahli keluarga dah ada koleksi hadiah tahun tersebut. And come the next year, kita ubah pulak hadiahnya...Tak kira dimana anda berada, hadiah itu akan tiba di destinasi pada hari jadi masing2 - tak kiralah di Japan or Australia ke ... ehem2, syok kan? Kalau ada rezeki lebih, hadiah ulangtahun perkahwinan pun kita boleh perkenalkan. Then bila ada pertemuan keluarga, kita boleh adakan majlis doa selamat potong kek or pulut kuning untuk sekumpulan birthday babies ni tadi (babies ni maksud include mak/pak, atuk/nenek, pakcik/makcik le...)
  3. Extended Family Tree ni akan dibuat juga untuk cover keturunan sebelah Allahyarham Hashim b Alias iaitu seluruh Keluarga Bani Alias, Bani Ja'mat, Bani Alang dan Bani Sidin. Juga coverage akan diluaskan kepada keluarga sebelah Allahyarhamah Hawa bt Musa.
Akhir sekali, besarlah juga harapan kita semua kepada mereka yang menyimpan photo2 lama yang berkaitan dapatlah sekiranya scan dan e-mail ke mail box keluarga.bani.hashim@gmail.com atau kepada rohani.mohamad@simedarby.com supaya bolehlah gambar2 itu diuploadkan ke web photo dan FT kita seterusnya.

P/S Pak Chik Azam, minta e-mail kan gambar2 masa pertemuan Hari Keluarga pertama di rumah Mak Uda Noh @ Kesang dulu tu ya....so ada lah sequencenya nanti, insyallah...

Salam Ceria Untuk Semua! Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh...

Wednesday, December 16, 2009

Data Bantuan DiPerlukan Untuk Projek Family Tree

Salam Kepada Semua Ahli Keluarga Bani Hashim,


Pembinaan Family Tree yang tersebut pada dasarnya telahpun berjaya disiapkan dan alhamdulillah, ianya turut merangkumi hingga Generasi ke-7 Bani Tok Sidin.

Tok Sidin adalah Datuk kepada Moyang Chik Bt Alang yang telah pertama kali menjejakkan kakinya di bumi Melaka dari Tanah Sulawesi pada tahun 1885. Sejarah keluarga Bani Hashim yang diturun-temurunkan bermula dari personaliti induk ini, Tok Sidin yang merupakan Panglima kepada Raja Daik di Sulawesi. Ketika berkolek ke Melaka, beliau turut membawa bersama Naomi iaitu isteri kepada Raja Alang b Daik iaitu Raja Muda Sulawesi yang telah mati dibunuh dalam perebutan kuasa berikutan kemangkatan ayahandanya Raja Daik ketika itu. Naomi telah membawa bersama 5 orang anaknya yang salah seorang dari mereka ialah Moyang Chik bt Alang yang ketika itu baru berusia 5 tahun.


Dan diikuti pula Family Tree (FT) Moyang Chik Bt Alang yang menjadi teras Bani Hashim selanjutnya:
Sila klik pada gambar untuk melihat gambar yang lebih jelas



Sampel FT yang hampir lengkap:

Bagi memastikan kesinambungan keluarga dan ukhuwah yang berkekalan, kami percaya pemahaman salah silah keluarga adalah antara faktor pembantu ke arah usaha sebegini.

Family Tree ini akan menjadi lebih cantik dan sihat merendang sekiranya setiap ahli keluarga dapat meluangkan sedikit masa untuk mengemaskinikan data peribadi masing-masing.

Pada peringkat awal adalah memadai kalau kita dapat menyemak ejaan nama serta tarikh lahir yang betul kerana ia akan secara automatik menentukan kedudukan generasi serta bilangan dalam ahli keluarga masing-masing.

Besarlah juga harapan kami sekiranya setiap ahli keluarga dapat membantu mengemaskinikan data adik-beradik terdekat dimana perlu.

Kerendangan Family Tree kita ini adalah berkat usaha dan sumbangan setiap seorang daripada kita. Sila hubungi Rohani di alamat rohani.mohamad@simedarby.com untuk sebarang kemusykilan terutamanya apabila anda menghadapi masalah untuk masuk mendaftar sebagai ahli laman web Family Tree ini ->

Monday, December 14, 2009

Group Photo Malam Hari Keluarga Bani Hashim 03/09/04

Alhamdulillah, sila rujuk ke link ini -> http://picasaweb.google.com/home   untuk meihat group photos yang diambil pada malam sambutan tersebut.

Harap maklum dan Bani Hashim akan menggunakan gambar-gambar dari majlis ini untuk pembinaan "family tree" di MyHeritage.com

Semoga terhibur dengan gambar-gambar kenangan manis tersebut.

Salam Ceria & Selamat Berposing lagi di tahun hadapan!

Ahli Baru Keluarga Bani Hashim

Alhamdulillah, Bani Hashim menerima e-mail dari Fariz memaklumkan bahawa Haniff dan Liana baru dapat baby baru.. Perempuan, Lahir pada Jumaat, 11 Dis 2009, jam 11.58 mlm di Kuantan.

Tahniah untuk Hanif dan Liana...apa nama baby ni? Mak Andak Diah mesti dah terbang ke Kuantan untuk melihat cucu barunya...tahniah untuk keluarga Mak Andak Diah juga!


Macam muka Kak Enon lah....

Friday, December 11, 2009

Bani Hashim @ Kesang Tua Web Site - Family Tree

Salam Semua,

Alhamdulillah, family tree untuk Bani Hashim sedang dalam pembinaan. Family Tree akan dikembangkan seterusnya sehingga kepada Bani Tok Ja'mat iaitu Datuk kepada Moyang Chik bin Alang.

Kepada ahli keluarga yang telah mendaftar akan menerima jemputan untuk menyertai url address ini -> http://www.myheritage.com/site-75945422/mohamad

Ahli Keluarga semua bolehlah menjenguk-jenguk Family Tree - Seperti screenshot di bawah dan bersama-sama membantu melengkapkan maklumat yang perlu.


Salam Mesra dan Selamat Maju Jaya.

Wednesday, December 9, 2009

Buku Program Hari Keluarga Bani Hashim Ke-3

Sila klik pada gambar untuk dibesarkan