Sunday, January 3, 2010

Back from the Long Leaves .... Yeah!

Salam Tahun Baru 2010 & Hijrah 1431 kepada semua ahli keluarga Bani Hashim @ Kesang Tua,

 
Semoga setiap daripada kita akan terus mendapat keberkatan-Nya di sepanjang tahun baru 2010/Hijrah 1431, insyallah.

 
Selamat berkekalan juga untuk semua aktiviti, blog dan family tree untuk keluarga ini.

 
Sebagai salah satu kemudahan yang diperolehi dari projek Family Tree kita, dilampirkan di bawah adalah events untuk bulan Januari 2010 ntuk ahli keluarga kita. Sebagai penambahbaikan, diharap semua ahli yang mempunyai fasiliti akses internet untuk mengemaskini data setiap ahli keluarga masing-masing agar kita mempunyai bank data yang lengkap.

 


 
Kepada mereka yang tidak mempunyai akses tersebut, sila berhubung dengan Rohani Mohamad di rohani.mohamad@simedarby.com atau +6019-251 4796
untuk maklumat selanjutnya. Kita juga memerlukan gambar-gambar digital terkini bagi melengkapkan Family Tree Bani Hashim.

 
Berikut adalah beberapa perkara yang ingin dikemaskini untuk makluman semua:


1. Nama blog ini Keluarga Bani Hashim terpaksa diubahsuai kepada Bani Hashim @ Kesang Tua memandangkan sudah ada pengguna lain yang menggunakan nama yang sama.

2. 100% (sejumlah 9 undian) ahli keluarga telah bersetuju dengan cadangan yuran bulanan sebanyak RM5/bulan/keluarga. Oleh kerana majoriti dari ahli mempunyai akses khidmat sms, maka keputusan terakhir untuk undian ini akan diperolehi dari undian sms. Pembayaran akan dimulakan Januari 2010. Sila buat pembayaran kepada Akauntan kita:
Nama: Cik Intan Rahayu Idris  
Nombor akaun : 158015109558    
Bank : Maybank

3. 50% bersetuju untuk next Family Day bulan March 2010 dan 50% lagi bulan Disember 2010. Kita akan lihat situasi seterusnya bagaimana ini akan dilaksanakan. Ada ahli yang mencadangkan lokasi di Bagan Lalang, Selangor- akan juga diperimbangkan.

2 comments:

  1. Marilah beramai-ramai memberikan buah fikiran yang bernas supaya keputusan dapat dibuat berdasarkan cadangan-cadangan yang dikemukakan... Lagi satu, boleh tak bayar lump-sum setahun duit yuran tu? Lepas tu, emelkan slip atau bank statement pd Kak Ani? Sonang sikit..

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH BUAT AMIR YANG TELAH MENDAFTAR KE TINGKATAN SATU DI SEKOLAH ALAM SHAH, PUTRAJAYA.. SEMOGA KEJAYAAN SENTIASA DAPAT DIGAPAI. SEMOGA BERJAYA DLM PELAJARAN...

    ReplyDelete