Wednesday, December 16, 2009

Data Bantuan DiPerlukan Untuk Projek Family Tree

Salam Kepada Semua Ahli Keluarga Bani Hashim,


Pembinaan Family Tree yang tersebut pada dasarnya telahpun berjaya disiapkan dan alhamdulillah, ianya turut merangkumi hingga Generasi ke-7 Bani Tok Sidin.

Tok Sidin adalah Datuk kepada Moyang Chik Bt Alang yang telah pertama kali menjejakkan kakinya di bumi Melaka dari Tanah Sulawesi pada tahun 1885. Sejarah keluarga Bani Hashim yang diturun-temurunkan bermula dari personaliti induk ini, Tok Sidin yang merupakan Panglima kepada Raja Daik di Sulawesi. Ketika berkolek ke Melaka, beliau turut membawa bersama Naomi iaitu isteri kepada Raja Alang b Daik iaitu Raja Muda Sulawesi yang telah mati dibunuh dalam perebutan kuasa berikutan kemangkatan ayahandanya Raja Daik ketika itu. Naomi telah membawa bersama 5 orang anaknya yang salah seorang dari mereka ialah Moyang Chik bt Alang yang ketika itu baru berusia 5 tahun.


Dan diikuti pula Family Tree (FT) Moyang Chik Bt Alang yang menjadi teras Bani Hashim selanjutnya:
Sila klik pada gambar untuk melihat gambar yang lebih jelas



Sampel FT yang hampir lengkap:

Bagi memastikan kesinambungan keluarga dan ukhuwah yang berkekalan, kami percaya pemahaman salah silah keluarga adalah antara faktor pembantu ke arah usaha sebegini.

Family Tree ini akan menjadi lebih cantik dan sihat merendang sekiranya setiap ahli keluarga dapat meluangkan sedikit masa untuk mengemaskinikan data peribadi masing-masing.

Pada peringkat awal adalah memadai kalau kita dapat menyemak ejaan nama serta tarikh lahir yang betul kerana ia akan secara automatik menentukan kedudukan generasi serta bilangan dalam ahli keluarga masing-masing.

Besarlah juga harapan kami sekiranya setiap ahli keluarga dapat membantu mengemaskinikan data adik-beradik terdekat dimana perlu.

Kerendangan Family Tree kita ini adalah berkat usaha dan sumbangan setiap seorang daripada kita. Sila hubungi Rohani di alamat rohani.mohamad@simedarby.com untuk sebarang kemusykilan terutamanya apabila anda menghadapi masalah untuk masuk mendaftar sebagai ahli laman web Family Tree ini ->

5 comments:

  1. Salam... Kak Ani, yang lain ada tak? Kalu ada upload la kan ye.. TQ

    ReplyDelete
  2. Ohh.. Dah jumpa gambar yg diupload tu... TQ.. fmly tree sy dah update utk fmly kami..

    ReplyDelete
  3. on behalf of abah (pak ngah - Idris)

    cadangan: buat lawatan utk interview bg mendapatkn maklumat mengenai salahsilah Bani Hashim melalui:
    1. Tok Uda di Puchong
    2. Tok Luis di Sg Petai,Melaka
    3. Tok Busu n etc (Busu Leha di Labis,Johor)
    4. Mak Hitam di kemerdor Melaka

    ReplyDelete
  4. Salam Fariz, terima kasih for the updates [masih belum tengok lagi - past few days memang sibuk sangat ni...] Terima kasih banyak2 ya...patah kaki kalau buat sorang2 ni... :)

    Kak Ani

    ReplyDelete
  5. My dear Anin,
    Great Idea! Kita akan minta YDP Pak Chik Azam untuk establish satu team convoy ke destinasi atuk2 and nenek2 tersebut untuk live interviews macam yang dicadangkan. Insyallah, kalau diizinkan mungkin by next family day, extended family Bani Alias (adik-beradik kepada Allahyarham Atuk Hashim) dapat dijemput sekali ... Video2 itu kemudiannya boleh juga di upload ke blog untuk di share bersama.

    ReplyDelete