Monday, December 21, 2009

Family Tree Ceria and Extended

Salam Semua Ahli Keluarga,

Alhamdulillah....semakin banyak penyertaan yang telah kita terima untuk projek Family Tree - ada yang dah pun update basic informations untuk ahli keluarga masing2, setinggi-tinggi ucapan terima kasih diberikan.

Ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan bersama di sini untuk men"cantik"kan lagi Family Tree kita nanti:

  1. Sebaiknya, kita pilih gambar2 yang paling ceria yang ada dalam dalam web photo kita tu untuk diletakkan dalam FT (Family Tree...bukan Faizal Tahir ya) ni. Bukannya apa, bila kita letak gambar2 yang ceria secara tak langsung kita juga akan tersangatlah cerianya apabila sesekali kita buka and lihat balik FT ni nanti...
  2. Selain dari basic informations macam gambar, nama dan tarikh lahir setiap ahli keluarga, adalah baik juga kalau kita boleh update lebih details lagi hal2 lain macam tarikh perkahwinan ke etc...sebab automatically semua data ini akan di masukkan dalam family events yang kita boleh tengok siapa next punya birthday, yang ke berapa bla bla bla... Kalau tabung kita makin kukuh...dulu AJK ada juga berhasrat untuk perkenalkan hadiah harijadi tahunan contohnya tahun 2010 semua birthday girl/boy akan menerima hadiah mug Keluarga Bani Hashim yang kita tempah and decorate khas untuk tahun tersebut. So by year end, semua ahli keluarga dah ada koleksi hadiah tahun tersebut. And come the next year, kita ubah pulak hadiahnya...Tak kira dimana anda berada, hadiah itu akan tiba di destinasi pada hari jadi masing2 - tak kiralah di Japan or Australia ke ... ehem2, syok kan? Kalau ada rezeki lebih, hadiah ulangtahun perkahwinan pun kita boleh perkenalkan. Then bila ada pertemuan keluarga, kita boleh adakan majlis doa selamat potong kek or pulut kuning untuk sekumpulan birthday babies ni tadi (babies ni maksud include mak/pak, atuk/nenek, pakcik/makcik le...)
  3. Extended Family Tree ni akan dibuat juga untuk cover keturunan sebelah Allahyarham Hashim b Alias iaitu seluruh Keluarga Bani Alias, Bani Ja'mat, Bani Alang dan Bani Sidin. Juga coverage akan diluaskan kepada keluarga sebelah Allahyarhamah Hawa bt Musa.
Akhir sekali, besarlah juga harapan kita semua kepada mereka yang menyimpan photo2 lama yang berkaitan dapatlah sekiranya scan dan e-mail ke mail box keluarga.bani.hashim@gmail.com atau kepada rohani.mohamad@simedarby.com supaya bolehlah gambar2 itu diuploadkan ke web photo dan FT kita seterusnya.

P/S Pak Chik Azam, minta e-mail kan gambar2 masa pertemuan Hari Keluarga pertama di rumah Mak Uda Noh @ Kesang dulu tu ya....so ada lah sequencenya nanti, insyallah...

Salam Ceria Untuk Semua! Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh...

Wednesday, December 16, 2009

Data Bantuan DiPerlukan Untuk Projek Family Tree

Salam Kepada Semua Ahli Keluarga Bani Hashim,


Pembinaan Family Tree yang tersebut pada dasarnya telahpun berjaya disiapkan dan alhamdulillah, ianya turut merangkumi hingga Generasi ke-7 Bani Tok Sidin.

Tok Sidin adalah Datuk kepada Moyang Chik Bt Alang yang telah pertama kali menjejakkan kakinya di bumi Melaka dari Tanah Sulawesi pada tahun 1885. Sejarah keluarga Bani Hashim yang diturun-temurunkan bermula dari personaliti induk ini, Tok Sidin yang merupakan Panglima kepada Raja Daik di Sulawesi. Ketika berkolek ke Melaka, beliau turut membawa bersama Naomi iaitu isteri kepada Raja Alang b Daik iaitu Raja Muda Sulawesi yang telah mati dibunuh dalam perebutan kuasa berikutan kemangkatan ayahandanya Raja Daik ketika itu. Naomi telah membawa bersama 5 orang anaknya yang salah seorang dari mereka ialah Moyang Chik bt Alang yang ketika itu baru berusia 5 tahun.


Dan diikuti pula Family Tree (FT) Moyang Chik Bt Alang yang menjadi teras Bani Hashim selanjutnya:
Sila klik pada gambar untuk melihat gambar yang lebih jelas



Sampel FT yang hampir lengkap:

Bagi memastikan kesinambungan keluarga dan ukhuwah yang berkekalan, kami percaya pemahaman salah silah keluarga adalah antara faktor pembantu ke arah usaha sebegini.

Family Tree ini akan menjadi lebih cantik dan sihat merendang sekiranya setiap ahli keluarga dapat meluangkan sedikit masa untuk mengemaskinikan data peribadi masing-masing.

Pada peringkat awal adalah memadai kalau kita dapat menyemak ejaan nama serta tarikh lahir yang betul kerana ia akan secara automatik menentukan kedudukan generasi serta bilangan dalam ahli keluarga masing-masing.

Besarlah juga harapan kami sekiranya setiap ahli keluarga dapat membantu mengemaskinikan data adik-beradik terdekat dimana perlu.

Kerendangan Family Tree kita ini adalah berkat usaha dan sumbangan setiap seorang daripada kita. Sila hubungi Rohani di alamat rohani.mohamad@simedarby.com untuk sebarang kemusykilan terutamanya apabila anda menghadapi masalah untuk masuk mendaftar sebagai ahli laman web Family Tree ini ->

Monday, December 14, 2009

Group Photo Malam Hari Keluarga Bani Hashim 03/09/04

Alhamdulillah, sila rujuk ke link ini -> http://picasaweb.google.com/home   untuk meihat group photos yang diambil pada malam sambutan tersebut.

Harap maklum dan Bani Hashim akan menggunakan gambar-gambar dari majlis ini untuk pembinaan "family tree" di MyHeritage.com

Semoga terhibur dengan gambar-gambar kenangan manis tersebut.

Salam Ceria & Selamat Berposing lagi di tahun hadapan!

Ahli Baru Keluarga Bani Hashim

Alhamdulillah, Bani Hashim menerima e-mail dari Fariz memaklumkan bahawa Haniff dan Liana baru dapat baby baru.. Perempuan, Lahir pada Jumaat, 11 Dis 2009, jam 11.58 mlm di Kuantan.

Tahniah untuk Hanif dan Liana...apa nama baby ni? Mak Andak Diah mesti dah terbang ke Kuantan untuk melihat cucu barunya...tahniah untuk keluarga Mak Andak Diah juga!


Macam muka Kak Enon lah....

Friday, December 11, 2009

Bani Hashim @ Kesang Tua Web Site - Family Tree

Salam Semua,

Alhamdulillah, family tree untuk Bani Hashim sedang dalam pembinaan. Family Tree akan dikembangkan seterusnya sehingga kepada Bani Tok Ja'mat iaitu Datuk kepada Moyang Chik bin Alang.

Kepada ahli keluarga yang telah mendaftar akan menerima jemputan untuk menyertai url address ini -> http://www.myheritage.com/site-75945422/mohamad

Ahli Keluarga semua bolehlah menjenguk-jenguk Family Tree - Seperti screenshot di bawah dan bersama-sama membantu melengkapkan maklumat yang perlu.


Salam Mesra dan Selamat Maju Jaya.

Wednesday, December 9, 2009

Buku Program Hari Keluarga Bani Hashim Ke-3

Sila klik pada gambar untuk dibesarkan



More Old Photos

Di bawah adalah gambar2 lama yang di "screenshot" kan pada malam sambutan 5/12/2009:





SMS from Pak Chik (aka Uncle Ajam)

1. Sunday, 6 December 2009 7:16 PM

    OK, empunya jam sudah diketahui iaitu HAZIQ... so iklan ini ditutup     untuk sebarang negosiasi. Nasib le tak kena lelong ek?

Walau macamanapun ada seorang lagi adik kita, Danial yang juga kehilangan jam tangan pada majlis yang sama...cicir kat manalah pulak tu....Message untuk Danial: Lebih afdal kalau boleh e-mail gambar jam tu kalau ada. :)

Assalamualaikum siapa tertinggal jam tgan casio ? Gambarnya ...



2. Monday, 7 December 2009 11:07 PM

    assalamualaikum yuran 1 bln Rm 5
   Gen.1:11 X 5 X 12 = Rm 660
   Gen.2:14 X 5 X 12 = Rm 840. So... 1 thn Rm1500 OK/TAK OK BERI RESPON / IDEA LAIN



  

Sunday, December 6, 2009

Kita Semua Berjaya! Hari Perhimpunan Keluarga Bani Hashim Ke-3/09/04

Salam Semua,

Diharapkan semua keluarga telahpun selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Sempurnanya perhimpunan kali ini adalah kejayaan yang besar bagi setiap ahli keluarga Bani Hashim, tahniah dan Kita Boleh!

Banyak kenangan manis di sepanjang 2 hari kita berkhemah di kediaman Uncle Ajam di Bayuemas, Klang.

Semua gambar-gambar kenangan sepanjang progam 2 hari tersebut telah pun di"upload" kan ke Picasa Web Album di alamatnya  http://picasaweb.google.com/home Gambar-gambar keluarga berkumpulan akan di"upload" kemudian.




Dua perkara penting yang ingin dikongsi di sini hasil dari pertemuan kali ini:

A. Rujukan Nombor Siri Sambutan Perhimpunan Keluarga Bani Hashim

Harap maklum kepada semua ahli keluarga, nombor siri rujukan pada banner sambutan adalah membawa maksud berikut:

Bilangan Sambutan Terkini/Tahun Sambutan Terkini /Tahun Pertama Sambutan
=    Ke - 3 / 2009 / 2004
=    Ke - 3 / 09 / 04

Panggilan Hormat Mengikut Aturan Kelahiran Generasi Pertama (Gen 1) Bani Hashim
  1. Mohamad - Pak Long
  2. Idris - Pak Ngah
  3. Noresah (a.k.a Mak Noh) - Mak Uda
  4. Sulaiman - Pak Uteh
  5. Allahyarham Abu Yazit
  6. Laisah (a.k.a Pisah) - Mak Tam
  7. Normadiah - Mak Andak
  8. Nasir - Pak Lang
  9. Hashimah (a.k.a Liza) - Mak Anjang
  10. Ahmad Azam (a.k.a Ajam) - Pak Chik
  11. Allahyarham Zulkifli
  12. Norhayati - Mak Yang
  13. Habib - Pak Su
B. Tabung Derma Ikhlas untuk Danial - Our Very Own "Fighting Lawyer" To-Be

Tabung tersebut telah dilancarkan pada malam 5/12/2009 untuk kutipan derma ikhlas bagi Danial yang akan berhijrah ke Australia untuk menyambung pelajarannya di bidang undang-undang. Kutipan setakat ini adalah berjumlah RM237.00 dan kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan, sila berhubung terus dengan Pak Long (012-279 4310/06-529 6909)

Salam Mesra

Wednesday, December 2, 2009

Daftar Ahli Keluarga Bani Hashim

Assalamualaikum semua,
Selamat berjumpa kembali...&  Selamat datang khusus diucapkan kepada ahli keluarga yang baru berkunjung ke blog ini.

Saudara/Saudari adalah dialu-alukan untuk mendaftar melalui borang yang ada di letakkan di bahagian Borang atau akses terus ke sini. Tujuan pendaftaran ini ialah untuk mengumpul data-data ahli keluarga Bani Hashim demi mengeratkan lagi tali silaturrahim kita.

Saudara/Saudari juga boleh menghantar sebarang pendapat/cadangan/komen atau sebarang pertanyaan juga boleh diajukan  kepada keluarga.bani.hashim@gmail.com  atau rohani.mohamad@simedarby.com (Rohani Mohamad).

Jumpa kita di Hari Keluarga Bani Hashim/5 Disember 2009 di Bayu Emas !!~ InsyaAllah.


Wassalam...


Tuesday, December 1, 2009

PERHIMPUNAN KELUARGA BANI HASHIM KE-3/09/04

Alhmadulillah dan Insyallah, kita akan berjumpa lagi dalam siri Perhimpunan Keluarga Bani Hashim seterusnya.

Sebahagian persiapan sedang dibuat oleh ahli-ahli keluarga yang telah dipertanggungjawabkan untuk tugasan masing-masing.

Sampai ketemu di perhimpunan tersebut pada hari Sabtu ini, 5/12/2009 di kediaman Ahmad Azam Hashim @ Bayuemas, Klang.

Soalan Kuiz 1: Siapakah dia jejaka berbaju belang oren-putih yang berselindung di balik bunga manggar ini? Sungguh berkobar-kobar semangat cik abang kita ni nak bergambar..... N.B. Yang empunya diri, tahu-tahu ajelah ya... :)